Jadual Julai 2011

Tuesday, 5 July 2011

Hello World!

Dengan rasminya pada hari ini, kami akan memulakan kerjasama kami dalam menjadikan baking sebagai hobi :).  Ideanya begini, ibu kami ada resepi kek coklat yang sangat sedap.  Tapi tiap kali org kata nak minta dia buat dan beli, dia kata tak mahu sebab tak de masa.  Memikirkan yang kami rasa sayang jika bakat Ibu terpendam dan tak dapat diwarisi, jadi kami berdua sepakat nak tuntut ilmu sementara masih terdaya ni sambil kononnya bolehlah dijadikan pendapatan sampingan.  Tapi yang paling penting, nak teroka samada kami ni memang suka membuat kek macam Ibu.. dan ada tak bakat jadi peniaga wanita. Hehe..

First step, dah tentu kena pegi kelas dulu.  Polish semua skill yang belum ada.  InsyaAllah, first class ialah melepa kek di Bandar Baru Bangi.  Menarik tu.. melepa kek cara yang betul pun baru nak belajar.  Tapi org kata, sikit2x lama2x jadi bukit.  Saya selalu percaya bahawa tak kiralah apa pun impian kita, kalau kita berusaha ke arah tu, dengan izin Tuhan akan terbukti juga akhirnya..

No comments:

Post a Comment