Jadual Julai 2011

Tuesday, 27 September 2011

Terima kasih Dr Mas


.. dari Bandar Seri Putra.  Anak Dr Mas memang suka cheese cake.  Kali ni, nak cuba Red Velvet Cake dengan cream cheese frosting pula.

Resepi kami menggunakan resepi Chef Asma.  Antara bahan-bahan berkualiti yang kami gunakan ialah Mascarpone cheese dan Philadelphia Cream Cheese.  Resepi penuh belum sempat kami kongsikan di sini.  Tapi feedback dari ahli keluarga dan rakan-rakan yang dah merasa memang puas hati :-)

500 gram - RM40.

Terima kasih Dr Raffa


... dari Dengkil.  Dr Raffa pertma kali nak makan Red Velvet Cake.  Dan alhamdulillah, Dr Raffa juga adalah pelanggan pertama kami utk RVC ni.  Kalau sedap boleh tempah lagi :-)

500gram - RM40.

Sunday, 17 July 2011

International Class Cake dengan Chef Asma

Salam sumer..

Today Shereen join kelas international cake dengan Chef Asma di Puchong.  Basically ada 3 biji kek yang diajar, dan satu (atau beberapa item lagi secara demo).

1) Tiramisu Cake
2) Boston Cheese Cake
3) Banana Choc Cake

Bonus demo : Red Velvet cupcake, butter shortbread & brownies.

Layan ajelah gambar2x kat bawah ni :

Red velvet cupcake yang sudah dibakar

Sesudah dihias.. yummy!

Kek tiramisu Shereen yang sudah dihias

Opps.. perlukan lebih latihan menghias Boston Cheese Cake ni.

Bahagian dalam Tiramisu Cake.. sedap!

Eee.. rasa pelik makan pisang dlm choc cake, tapi boleh juga diganti strawberry atau blackberry ye :)

Fuad bantu saya utk salut banana choc cake

Banana choc cake yang sudah siap dihias ini kami yang punya :D
So kengkawan, kalau ada sesiapa yang berminat nak menempah, bolehlah contact kami ye.  InsyaAllah utk pelanggan-pelanggan pertama ni kita bagi harga istimewa utk mencuba.  Area Bangi atau Keramat bolehlah deliver.  Selebihnya tu, kenalah self-pickup coz Shereen & Nisa are working full time.  Cheerios :-)  

Saturday, 16 July 2011

Kek Pertama Yang Dijual

Habis je kelas melepa kek tadi, terus dah ada orang yang nak beli 1 daripada kek kami dengan harga rm20. Terima kasih En. Iskandar... ;)

nampak suci je kek ni.

 keknya kami guna kek coklat resepi ibu kami.

kek ni disalut dengan buttercream.

kalau ada sape2 nak order, blh la order dengan contact melalui emel ye.  shereen.ma@gmail.com atau nisas_here@yahoo.com.


Kek yang dihias Shereen tapi dah dipotong sebelum gambar diambil


Our First Baking Class

... Kami keluar awal dari rumah hari ni.  Berkobar2x nak belajar melepa kek.  Tapi sampai on time je.  Jam 2.30 ptg, kelas pun bermula di rumahh Ellie (http://bake-and-deco.blogspot.com/).  Ni ada beberapa gambar menarik yang kami nak kongsikan bersama di sini.  Nampak semuanya sedap ye?.. Saya pun sempat rasa2x lebih buttercream yg kena kat tangan tu.. mmg sedap krim nyer :D



Gambar 2 kek coklat yang Nisa bakar semalam


Gambar 2 biji kek kami yang selesai dilepa dengan buttercream

Ini kek yang Shereen siap lepa.. nampak belak2x kan?
Ni pulak kek yg Nisa lepa :-)

Hari ni kami bawa 2 biji kek balik.  Satu dah ada pembeli, lagi satu kami akan habiskan dengan keluarga di rumah.  Esok pula giliran Shereen belajar International Cake dengan Chef Asma.  Nantikan update ye!

Wednesday, 6 July 2011

The 1st fast sell

Salam sumer,

16hb ni kami berdua akan mula belajar cara melepa kek dengan betul. Pernah melepa kek dengan tunjuk ajar Ibu kat dapur, tapi this time nak belajar proper la pulak. Org kata.. lagi banyak berguru, lagilah tinggi ilmu di dada.. amin. Disebabkan kami pegi berdua, jadi adalah sebijik kek extra yang kami dapat bawa balik. En Iskandar dengan rela paksa sudi membeli kek kami tu dengan harga yang sangat rendah. Terima kasih, En Iskandar :-)

Pada 31 Julai pula, kami akan ke kelas sekali lagi utk belajar buat 3 jenis kek :
a) Black Forest cake
b) Pandan Layer cake
c) Chocolate Cake with Chocolate Roses

Sekali lagi, ketiga2x jenis kek ni akan dijual dengan harga yang sangat murah sbg promosi iaitu rm30 shj sebiji. Tapi faham ajelah kan.. rupa paras kek tu maybe tak sama jual kat Secret Recipe atau kedai kek professional (ehemm.. tulah sebab harga dia murah ye). Boleh hantar ke sekitar Bangi (around 6pm pada 31 Julai 2011), atau hantar/self pickup sekitar Ampang, Cheras, Keramat (mulai sekitar 8 pm pada 31 Julai 2011). Kalau ada sesape berminat, harap hubungi kami :

shereen.ma@gmail.com ATAU nisas_here@yahoo.co.uk

Alamat self-pickup akan diberi bila dah confirm (area Lembah Keramat). Jumpa nanti!

p/s : tak sabar nak ambil gambar kek.


Kek2x yang akan dilelong ikut pusingan jam : Chocolate cake, pandan layer cake, black forest cake.  Sorry, chocolate tart kami tak jual that day ;D  




Tuesday, 5 July 2011

Hello World!

Dengan rasminya pada hari ini, kami akan memulakan kerjasama kami dalam menjadikan baking sebagai hobi :).  Ideanya begini, ibu kami ada resepi kek coklat yang sangat sedap.  Tapi tiap kali org kata nak minta dia buat dan beli, dia kata tak mahu sebab tak de masa.  Memikirkan yang kami rasa sayang jika bakat Ibu terpendam dan tak dapat diwarisi, jadi kami berdua sepakat nak tuntut ilmu sementara masih terdaya ni sambil kononnya bolehlah dijadikan pendapatan sampingan.  Tapi yang paling penting, nak teroka samada kami ni memang suka membuat kek macam Ibu.. dan ada tak bakat jadi peniaga wanita. Hehe..

First step, dah tentu kena pegi kelas dulu.  Polish semua skill yang belum ada.  InsyaAllah, first class ialah melepa kek di Bandar Baru Bangi.  Menarik tu.. melepa kek cara yang betul pun baru nak belajar.  Tapi org kata, sikit2x lama2x jadi bukit.  Saya selalu percaya bahawa tak kiralah apa pun impian kita, kalau kita berusaha ke arah tu, dengan izin Tuhan akan terbukti juga akhirnya..